Tuesday, July 27, 2010

Program Sekolah 2011

1 malaysia membanteras dadah 2011


Sukacita dimaklumkan bahawa kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan 19 Februari setiap tahun sebagai Hari Antidadah Kebangsaan. Sehubungan dengan itu, semua sekolah diminta melaksanakan Sambutan Minggu Antidadah Peringkat Sekolah sempena Hari Antidadah Kebangsaan bermula pada 19 Februari hingga 31 Mac 2011. Tema sambutan Hari Antidadah Kebagsaan Kementerian Pelajaran Malaysia ialah "1 Malaysia Membanteras Dadah".

Bersempena dengan saranan kerajaan Malaysia, pelancaran minggu anti dadah peringkat sekolah telah dilancarkan pada perhimpunan pagi isnin bersamaan 28 Februari 2011. Guru Penolong Pentadbiran Puan Noriha binti Ayub telah membacakan teks perutusan dan seterusnya merasmikan Minggu Anti Dadah Kebangsaan Peringkat Sekolah
SK Seri Maamor.

Selepas perasmian, para guru dan pelajar telah menyanyikan bersama-sama lagu "Dadah Durjana"dan seterusnya bacaan ikrar. "Kami Benci Dadah". Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh wakil pelajar. Antara aktiviti yang dipertandingkan ialah Pertandingan Melukis Poster, mencipta dan mendeklamasi sajak, serta banyak lagi akviti lain yang akan diadakan.

Pihak sekolah berharap dengan adanya program seperti ini akan dapat meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran Pendidikan Pencegahan dadah kepada murid, guru dan kakitangan sekolah supaya dapat mengelakkan diri dari terjebak dengan dadah. Disamping itu juga, program ini diharap membolehkan murid membentuk budaya dan tingkahlaku positif dan mengamalkan nilai-nilau murni.



1 malaysia membanteras dadah 2011


2. Sambutan Maal Hijrah 2011 / 1432H

Sambutan akan diadakan pada peringkat sekolah pada 11.03.2011

No comments:

Post a Comment